Sunday, April 24, 2011

UniSZA Business Plan Competition 2010-2011 (UBPC)

Bnda nie da lama da pon, tp ak juz bru dpt tahu bnda nie dipublishkan.. so, ak juz nak share kejayaan yg pnah ak dpt.. ;p

UniSZA Business Plan Competition 2010-2011 (UBPC)   Thursday, 11 November 2010 11:07     KUALA TERENGGANU - Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dan Fakulti Informatik (FIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan pertandingan akhir UniSZA Business Plan Competition 2010-2011 (UBPC) pada 4 November 2010.  Pertandingan julung kali yang diadakan di Pusat Seni dan Warisan, UniSZA itu  bertujuan untuk mencari idea projek terbaik untuk mewakili UniSZA bertanding pada  peringkat kebangsaan.  Selain itu, penganjuran UBPC ini merupakan landasan terbaik para pelajar, kakitangan akademik dan para penyelidik  mengetengahkan bakat serta idea kreatif mereka kepada dunia luar.  Pertandingan ini dibahagi kepada dua kategori iaitu Business Plan dan Business Idea.  Kategori Business Plan mendapat dua penyertaan iaitu projek bertajuk MyMobileHealth yang disediakan oleh Mohd Khalid Awang, Syed Mohd Al Shukri Tuan Sharif, Aznida Hayati Zakaria dan Hasni Hassan.  Manakala projek kedua pula bertajuk PETS disertai oleh Amirul Fahmi Razali, Shahrih Ahmad Mohamad, Mohd Hosni Rifin dan Ahmad Anwar Safwan Sidek.  Kedua-dua projek ini adalah pemenang di peringkat UniSZA.  Sementara itu bagi kategori Business Idea telah menerima lima penyertaan dan projek Universal Driving Simulator hasil cantuman buah fikiran Muhammad Hakimin  Soffeen, Muhammad Syukrie Kamal dan Nor  Idayu Othman mengungguli kategori tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM750.  Hadiah tempat kedua berupa wang tunai RM600 pula disandang oleh Muhammad Ruzaimi Zakwan Rahmat, Che Wan Nur Syazwani Che Wan Abdul Aziz dan Nur Wahidah Sulong dengan projek bertajuk Mechanic Tutorial Games.  Manakala tempat ketiga memenangi wang tunai sebanyak RM450 diraih oleh Ahmad Balyamin Harun, Faizal Norazam Norhisham dan Mohd Hazarulnizam Razaki dengan projek  bertajuk B-ABLE.  Sementara itu dua pemenang saguhati menerima wang tunai berjumlah RM300.  Pertandingan ini diadili oleh wakil MDeC dan Malaysian Institute Of Microelectronic Systems (MIMOS) Berhad.  Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Manaf Ali, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UniSZA. Berita     FAKULTI REKA BENTUK INOVATIF DAN TEKNOLOGI 

gambo pemenang2..

team aku..

1 comment:

  1. mohon penulis blog email sy di anne.amalina@gmail.com. berkaitan dgn unisza. urgently pls

    ReplyDelete